Friday, January 23, 2009

Terbang tinggi


Aku akan menjadi seperti anak kucing ini
Berlari laju mencari, mengejar sesuatu
Sesuatu yang indah
Yang seharusnya berlaku dalam hidupku

Hati moga kau terus sedar
Aku mahu mengenal realiti
Mencari kekuatan
Yang telah tuhan berikan
Buat setiap makhluk ciptaanNya

Aku belajar untuk bersyukur
Dan terus bersyukur
Moga hatiku, tindakanku
Mengikut landasanNya
Aku akan terus belajar
Tanpa jemu

Dedikasi untuk kesedaran diri
Jumaat, 23 Januari 2009
5.27pm

No comments: