Tuesday, December 16, 2008

Mari berniaga


Sana-sini orang sebut pasal berniaga. Tapi nak meniaga apa ya? Hm, setiap hari dan di mana-mana sahaja ada peluang untuk diri kita memulakan satu perniagaan. Cuma berani dengan tidak sahaja.

Hari ini interview Unit Director Avon, semalam berjumpa dengan usahawan muda yang join ngan Uptrend. Sebelum2 ini pun dah banyak jumpa dengan peniaga2..tak perlu modal banyak..yang penting minat dan kesungguhan. Bukan senang hendak jadi senang dan bukan susah hendak jadi susah..so, pilihan di tangan anda..mahu pilih yang mana satu.

Kenapa sibuk2 sebut pasal meniaga ni? Jawapannya tahun hadapan Mingguan Wanita akan lahirkan satu lagi kolum baru untuk membantu peniaga2 yang masih baru nak bertatih memperkenalkan produk2 mereka. Syaratnya; hanya untuk mereka yang baru nak bertatih tau..yang dah establish tuh kenalah masuk kolum yang lain pula. Benda ni terbuka kepada sesiapa sahaja. Tapi jangan pula meniaga tipu2..kenalah jujur dalam apa2 kerja sekalipun..OK!

No comments: