Wednesday, December 17, 2008

Lawak lagi


Seharian di ofis menyudahkan kerja-kerja terbengkalai memang memenatkan. Boleh jadi 'bengong' dibuatnya. Hari ini sahaja sudah tertekan menaip resipi yang melambak2. Bak kata kak Ros, menaip resipi gaya dah macam nak masak resipi..dengan tudung dah senget-benget dan rambutpun sudah nampak jambulnya..macam ala2 tudung dato' Siti.

Tersenyum sendiri, sekali lagi. Hari ini pun ada benda lawak antarabangsa. Dalam kekalutan menelefon Mr Clement, GM Alicafe untuk bertanya itu dan ini; pastinya tentang bahan-bahan yang ada dalam resipi, krimerlah..kopilah, espressolah. Sudahnya sebelum gagang diletakkan dengan condifennya mengucapkan terima kasih pada Mr Clement. Sayangnya yang keluar dari mulut:

"Thanks a lot ya Krimer," Opsss..macam mana boleh jadi macam itu. Nasib baiklah Mr Clement kata it's ok. Fuh! Selamat hari ini.

No comments: