Wednesday, December 10, 2008

Hati yang sepi

Aidiladha sudah dua hari berlalu. Aku masih juga begitu. Menanti dan mengharap kepulangan hati suamiku. Apa kenanya dengan dia lewat beberapa bulan ini. Semacam ada rahsia peribadi yang tidak mahu lagi dikongsi bersama kami sebagaimana sebelum-sebelumnya. Entahkan masih setia denganku atau sudah belajar-belajar mencari cinta hatinya yang baru
- Isteri sepi-

Nota di atas cukup mendalam maknanya. Bukan sekali dua bertemu dengan wanita-wanita yang begini. Bila jadi pada keluarga sendiri, tidak tahu pula cara terbaik untuk menyelesaikannya. Lebih-lebih lagi bila anak-anak sudah berderet ramainya, suami pula sudah berani-berani bermain cinta terlarang. Lebih parah bila isteri sekadar surirumah yang penuh setia mengiakan setiap perlakuan suami tanpa bantahan. Hmmm, beri aku kekuatan andai ini salah satu dugaan yang mungkin perlu aku lalui. Kembali pada yang asas, pasti ada hikmat di setiap kejadian.

No comments: