Friday, June 6, 2008

anak-anakku kian membesar

Mirza Yadiy, 2 tahun 4 bulan, adiknya Zarif Ziyad 10hb ini genap 7 bulan. Fuh! cukup besar cabaran membesarkan mereka dalam masa yang sama kita bukan bergelar suri rumah sepenuh masa. Masa terlalu banyak dihabiskan di pejabat, sampai bila kaki melangkah ke dalam rumah pun bebanan kerja tidak mahu hilang dari fikiran.

Sukarnya untuk memberi waktu terbaik kepada mereka. Bergelar wartawan majalah memang enak, memegang tanggungjawabnya cukup berat sekali. Mujur suami cukup memahami dan ringan tulang membantu dalam banyak perkara. (kadang macam terambil kesempatan pun ada..hehehe).

Walau penat sekalipun, keletah anak-anak menghilangkan lelah yang ada. Moga anak-anak ibu menjadi anak yang mendengar kata dan berjaya dunia dan akhirat.

(Teruknya story kat atas tuh. macam tipu2 je kan. Sebenarnya cukup bosan menunggu. Dan itu adalah catatan seorang penunggu yang kebosanan)

No comments: