Friday, June 26, 2009

Sukarnya malam ini

Bukan senang nak buat kerja-kerja mencantikkan blog. Hampir pitam dibuatnya. Kalau tak sabar dah lama laptop ini tercampak kat kipas angin yang tengah ligat berpusing. Memang kepala aku tengah pening sekarang. Pertama pening sebab nak belajar benda2 yang aku tak pernah belajar dalam kelas pendidikan formal masa di sekolah rendah baik sekolah menengah mahupun di universiti. Masa dah bekerja inilah baru terasa betapa pentingnya menyelongkar khazanah yang ada dalam internet.

Tapi yang lebih pening bila terpaksa memikirkan hidung Mirza yang luka dalam. Semalam mak telefon kata Mirza demam. Bila sampai rumah, mak beritahu yang hidung dia kena pukul dengan botol kaca. Hmmm...sampai jatuh (yang tak tahan bila Mirza buat lakonan semula macam mana dia pengsan) dan hampir pecah botol itu. Walaupun di luar nampak baik-baik sahaja, tapi malam itu dia tidur tak lena. Kejap2 merengek. Risau + macam2.. Semoga Mirza tak ada apa2.

Malam itu bawa Mirza ke klinik. Kata En Yem, kena tengok perkembangan dia dalam 24 jam ini; pitamkah, muntahkah, demamkah? Kalau ada tanda2 itu segera bawa ke hospital. Kalau tak ada pun aku akan bawa juga dia ke situ. Bila dah ada kepastian barulah tak risau sangat.

Tuesday, June 23, 2009

Belajar dan terus belajar

Nyum..nyum.. bila Zarif makan pencil.

Mata aku dah letih, leher aku pun dah semakin tegang. Tapi mindaku mengasak...mendesak agar aku terus bermain-main dengan teknologi ini. Aku mahu terus menggali dengan lebih dalam lagi. Dengan kuasa minda yang terhad dan ilmu yang masih belum lengkap. Aku masih teraba-raba dalam pencarian ini. Penat bermain-main dengan dunia blog, aku lari sebentar melihat Zarif yang masih panas badan.

Petang tadi suhu badannya naik mendadak, ukuran termometer mencapai 38.5 darjah celsius. Dia diserang demam panas. Mungkin keletihan travel dari Selangor ke Perak langsung ke Kedah lalu patah semula ke Perak. Semuanya diselesaikan dalam satu hari. Tubuh budak seusia setahun tujuh bulan belum tentu dapat mengikut rentak selasak itu. Tapi biarlah tubuhnya belajar perlahan-lahan. Dari situlah nanti dia akan bina ketahanan.

Dan hari ini aku mengakui aku masih lagi kekurangan ilmu baik dalam hal menjadi ibu yang baik untuk anak-anakku mahupun menguasai minat yang satu ini. :(

Thursday, June 18, 2009

Dua hari yang memenatkan

Hampir jam 9, en yem dapat panggilan daripada kakaknya di Kuala Lumpur. Katanya Mak Su yang dah hampir 11 tahun menderita penyakit misteri kembali menemui Yang Esa (kalau gi hospital tapi doktor tak dapat sahkan sakitnya apa bukankah misteri ke namanya tuh!). Jam 11 aku, en yem dan anak-anak bergegas pulang ke Lenggong, Perak. Jam 3 pagi baru sampai rumah mak. Anak2 pun bukannya tidur lena. Macam tahu2 je yang ayahnya sedang bersedih dan susah hati.

Pukul 6 pagi kakak yang dari Kuala Lumpur kejutkan kami yang masih berpinar2 itu. Katanya nak bertolak awal. Biarlah nanti sampai ke Grik masih sempat tengok wajah arwah mak su. Sayunya hati setiapkali terpandang wajah2 anak dan suami yang ditinggalkan. Mujur jugalah anak-anaknya kecuali seorang telah berkeluarga. Lepas nih Pak Su jadi duda terhangatlah kat kg tuh. hehehe. Kata mak Perak, Pak Su ni orangnya tegas dan garang; tapi dengan anak2 dan keluarganya je lah. Kalau dengan kitaorang dia suka bagi soalan teka-teki.

Dua minggu sudah, aku dan en yem ada bawa mak Perak tengok Mak Su. Masa itu dia memang dah nampak lain. Pak Su pun cerita macam mana dia terpaksa seret Mak Su dari bilik air ke tempat tidur masa diaorang tinggal berdua je dalam rumah besar itu. Masa itu, tangan Pak Su pun bukan kuat sangat. Sejak kena cikungunya urat sendi Pak Su tak segagah dulu. Kalau Mak Su mengadu sakit, Pak Su akan ikut sama mengalir air mata. Sedih dengar cerita Pak Su. Tapi Pak Su macam biasa...masih sempat bagi soalan teka-teki dekat kami. :)

Seharusnya suasana sayu itu biarlah kekal lama, tapi aku yang bawa dua orang hero2 cilik tak boleh nak tahan lama2 perasaan sayu tuh. Bila diaorang (anak-anak aku ler) dah dapat kasut, habis berlari2 keliling padang. (Ingat majlis kenduri kahwin ke anak2 oiiii!!!). Tak kuasanya nak berkejar2 dengan anak2 di rumah orang meninggal. Huish! cabaran betul. Kalau seorang tak apalah..ni dua2 pun naik sheikhh. Sudahnya aku bagi si abang Mirza main itouch. Diamlah dia sorang2 main benda yang aku rasa buat diri dia hidup dalam dunianya sendiri. Mulanya aku nak halang dia dari main benda tuh...tapi aku fikir, ada positifnya juga. Entahlah aku pun serba salah sebenarnya. Si adik bila abang dah diam, dia pun cool lah sikit.

Kami tidur dua malam kat rumah mak Perak. Memang cadang nak balik awal sebab ada assignment, tapi kesian pula tengok en Yem drive ke hulu ke hilir selama beberapa hari nih. Sure penat tahap cipan. Mujurlah assignment tuh di postponed. Sebelum balik Meru, sempatlah aku borak2 ngan mak Perak. Dia beritahu aku yang namanya dulu bukan Aminah tapi Turza'yah. Cuma bila dah masuk 12 tahun barulah tukar nama jadi Aminah. Sebabnya datuknya dulu dok panggil dia che minah..che minah. Bila aku tanya en. yem, tahu tak pasal nama lama mak tuh, dia geleng kepala. Hmmm, nampaknya aku memang sesuweii..ada ciri2 wartawan yang hebat. ekekekeke...

Wednesday, June 3, 2009

Mirza yang semakin bijak

Berserah padaNya

Awal bulan baru sahaja menjengah, tapi poketku telah kering sekering2nya. Beberapa jenis hutang piutang telah diselesaikan awal2 tapi nampak gayanya macam tak mahu surut2 juga. Kepala aku hampir pecah memikirkan soal hutang yang ada di sekeliling pinggang.

Semalam aku balik dengan kepala yang amat berat. Seluruh tubuhku bagai dicucuk-cucuk dengan jarum tajam. Tusukannya merasai hampir ke setiap urat nadiku, perjalanan darahku juga tidak selancar selalu. Aku rasa wajahku lebih kecut dari sebelumnya. Aku tahu, aku sedang mengalami simptom2 tekanan perasaan yang maha hebat.

Harus pada siapa aku kisahkan kepayahanku ini. Bukan pada suami kerana dia juga mempunyai masalah yang tersendiri, ibu bapaku apatah lagi, teman2.. mereka juga pasti-sepastinya amat menyamai apa yang aku rasakan. Lalu aku pasrahkan diriku ini pada Yang Esa. Moga Dia mendengar setiap apa yang bertamu dalam hatiku ini. Aku tahu setiap sumber itu datang daripadaNya. Lalu apakah yang aku kejar dalam penghidupanku ini?

Aku tahu aku telah 'menemuinya' tidak lama dahulu. Dan hampir pasti aku akan terus 'menemuinya' kelak. Namun aku manusia biasa. Tetap ada belenggu jahat yang menguasai diri. Kadangkala aku tewas. Somaga Allah memberi aku ketabahan untuk menghadapi setiap ujian dan dugaanNya. Lindungi diriku Ya Allah, dari kejahatan yang ada dalam diriku mahupun yang ada di persekitaranku. Amin..

Wednesday, May 27, 2009

Gambo ramai-ramai


Masa nih birthday intan, mazli dan kak ros. Nampak budak berkelubung hijau..itulah melly kadir yang paling glamour sekali kat MW nih. :)

Wednesday, May 6, 2009

Memori di Bali

Menjejakkan kaki ke Bali sebenarnya mengembalikan nostalgia sewaktu usiaku 9 tahun. Masa itu tak banyak jalan berturap dengan tar keras, pokok2 pun masih banyak menghijau, sosialisasinya hampir sama dengan kenangan2 yang pernah terakam di minda ketika zaman kanak-kanakku. Sukar sekali untuk digambarkan dengan perkataan. Kesimpulnya ke Bali bagaikan membawa aku kembali semula ke alam kanak-kanakku. Rindu hendak bermain rondes (ini sebutan biasa kami anak2 Kg Budiman), pergi kenduri kahwin dengan khemah zink, main kahwin2 guna guni beras sebagai gaun pengantin, mandi sungai, kayuh basikal keliling kampung..Wah! nostalgia tuh...

Ps: Ada problem ngan javascript aku nih...tak pat nak masukkan pix2 best d Bali. Ceh! Tak pe..dah ok kang aku lenjan habis2an..